
"Jom Ke Pedalaman." Anda pernah dengar frasa ini. Jika anda penuntut mana-mana IPGM, saya yakin anda akan menjawab "Ya, sudah banyak kali lah sangat saya dengar". Dan saya yakin, jika saya tanya "Dari mana anda dengar?", anda akan menjawab "Lecturer. Setiap kali masuk kelas, diorang akan cerita benda tuh".
Jadi di sini, apa yang ingin saya bawakan ialah mengenai sebuah buku bertajuk Jom Ke Pedalaman. Ia ditulis oleh seorang bekas penuntut IPGM bernama En. Mohd Zaim yang berasal dari Perak. Dalam buku ini, beliau mengisahkan tentang perjalanan beliau dalam menuju ke kawasan P3, kehidupan beliau di sana, perhubungan dengan masyarakat, anak-anak muridnya dan sebagainya.
Bagi saya, buku ini memang menarik untuk dibaca dan tidak rugi untuk dibeli. Saya masih ingat lagi ayatnya di dalam buku ini seperti 'kesenangan ditarik sedikit demi sedikit' yang telah pun saya ambil menjadi tema blog P3 saya ini dan juga kisah malam pertama tidur di P3 sambil mendengar bunyi khinzir bermain pondok-pondok di bawah rumah penginapannya yang usang itu.
Pernah seorang pensyarah saya yang pernah mengajar beliau menemubual beliau mengenai pengalamannya. Di antara yang menarik di dalam temubual itu ialah En. Zaim menyatakan bahawa kesusahan mengajar anak-anak pedalaman adalah lain daripada yang lain. Menurut beliau lagi, teori-teori seperti Piaget, Ausebel, Bruner dan sebagainya itu hanya bagaikan dibuang ke dalam sungai dan beliau perlu lebih kreatif mencari kaedah yang lain untuk mengajar. Apabila ditanya apa yang beliau bawa dari IPGM untuk digunakan di sana, beliau menjawab "BIG (Bina Insan Guru)".
Saya dan rakan-rakan saya amat mengagumi ketabahan hati dan kegagahperkasaan En. Zaim ini. Bagi saya, semangat seperti inilah yang harus ditonjolkan oleh semua penuntut IPGM terutama yang bakal ke pedalaman Sabah dan Sarawak (P3). Dengan semangat begini, barulah masa depan anak-anak P3 ini lebih terjamin dan maju seiring dengan Wawasan 2020. Oleh itu, marilah kita semua membina kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan cabaran sebagai seorang guru. Sahutlah janji yang sering kita laung-laungkan di dalam lagu Kami Guru Malaysia.
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Untuk membaca lebih pengenalan mengenai buku ini, anda boleh layari sebuah laman melalui link di sini.
.jpg)

nak email en.zaim boleh tuan tanah?
ReplyDeletenak tanya tuan diri, mcm mana nak beli buku dia.
cari kat yawata, x jumpa la.......
bagus lar zaim ni...biase ler org perak..mcm saye gak
ReplyDeletetry ler bukak link yang saye bagi tuh...
ReplyDeletekat situ ade email encek zaim... bole tanye dier banyak2 pasal buku nih dan kat mane ade jual...
update lar blog...boring lar
ReplyDeleteitu ari saya dh carik kat MPH MidValley ngan Kinokuniya KLCC buku ni...tapi takder pun...mana bole beli yek?...
ReplyDelete