
Huh.. Kat sini memang panas. Panas sampai kami terpakse merajinkan diri untuk minum air buah setiap hari selepas tamat latihan koku. Kedai air buah tu terletak depan je umah kitorang nih. Air buah dia memang sedap. Murah lak tu.
Tapi, air buah bukanlah cerita utama entri kami pada hari ini. Pada 12 Julai 2007 yang lalu, hujan turun dengan lebatnya. Pada ketika kami berpayung pada pagi itu untuk menyambung perjuangan menuntut ilmu di kuliah, kami terserempak dengan seorang adik manis, yang berpayung pink. Berjalan dengan gaya ayunya, kami hanya mengikut di belakangnya. Tiba di pondok jaga, adik manis ini 'mengkekudakan' kakinya sambil payung dijadikan tongkat untuk menyeimbangi badannya yang agak berisi.
Namun, apa yang kami terfikir di sini hanyalah satu perkara. Kami ini, walaupun sebelum ini pernah bekerja, tetapi masih tidak mampu memiliki sebuah kereta. Kami hanya mampu berjalan kaki dan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan secara percuma oleh pihak institut. Sebelum, cuaca tidak pernah hujan hinggalah hari kami bertemu adik manis berpayung pink ini.

Untuk mengelakkan diri dari dibasahi dan dilencuni sebelum tiba ke kuliah, kami menggunakan payung kecil dan berkongsi 2 orang di dalam hujan pagi yang lebat ini. Bagaimanapun, payung tidak mencukupi. Maka, ada diantara kami yang sanggup berkorban dengan tidak bekongsi payung, tetapi memakai jaket panas untuk mengelakkan kebasahan ketara. Mujurlah adik manis berpayung pink ini bermurah hati maka salah seorang dari kami ditumpanginya.
Kami menceritakan semua ini bukanlah kerana ini meminta simpati dari pihak lain, tetapi ingin menunjukkan kesungguhan kami bahawa kami sanggup meredah apa sahaja untuk menuju ke arah masa depan yang telah kami rancangkan. Kami menganggap ini semua sebagai pra-cabaran sebelum kami sebetul-betulnya tiba di sebuah kawasan yang bergelar "P3". Kepada bakal warga P3 yang membaca entri ini, semoga anda juga memiliki kekuatan semangat dan kegagahperkasaan yang telah kami terapkan dalam diri kami. Semoga kita semua bersama-sama maju jaya dalam mengharungi cabaran yang bakal ditempuhi demi memberi harapan dan masa depan kepada anak-anak penghuni kawasan P3. =)



.jpg)
