Thursday, July 15, 2010

Minyak oh minyak.....

Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Nota :
(Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.
5. Langkah ini adalah 'situasi menang-menang'.


kata gua:
1. kerajaan ader jimat ker???? asal beli kapal selam yag xleh selam berjuta2!!!!!!
2. Harga kereta di Thailand lebih murah manakala per capita income di Singapore lebih tinggi!
Ada otak tak.. nak bandingkan dengan negara-negara ini???
3. Klu rasa susah, bg jer pemerintahan malaysia kat PAS!!!!
4. 'dipulangkan balik pada rakyat'????? bile masa?????
5. ermm!!!!!!, pemerintah jer yg menang aku tgk. rakyat x menang pun...
p/s : rakyat d pokaikan, wallet pemimpin d penuhkan

Sunday, July 4, 2010

Keboringan memanjang.......

Hari ni dah masuk minggu ke-3 tamat pengajian kat IPDA, mmg boring tahap dewa. rasanya dewa pun x boring mcm ni. secara sahnya juga aku sekarang dikenali sebagai TUKANG TANAM ANGGUR...... tamat intro



Aku baru jer tadi comment wall FB sorang minah ni, dari dulu lagi aku aim minah ni.
nak tackle????...... ish, jauh panggang dari api. Bukan lawa pon, cuma status dia ni mengarut skit.Contoh mcm ni hah!!!


ader ke patut, ni mesti ader niat nak menjatuhkan maruah lelaki.... patut ker????? "xpatut...xpatut"

mmg x patut pun. oleh yang demikian, setelah aku memikirkan untuk kebaikan lelaki sejagat (hehehehehehe poyo la), nekat aku nak hentam dia mlm ni. bagi kaw2skit...

Aku bukan nak hanjing kan minah ni, tp dari awal aku follow FB dia, asyik benda yang sama jer. sapa paling setia? sapa lagi kacak? sapa lg kaya ? weiiiii, boring ler.
aku dok perasan gak org kat FB ader org tu friends dia ader beriban2 sampai kena buka akaun lain utk menampung fans yg banyak. Yg aku peliknya ni, fans yg adds diaorg ni minat kat wall dia ker or sajer nak menyemakkan friends sampai beriban2????
xpaham aku....

Friday, May 28, 2010

BENARKAH GURU PEMBINA NEGARA BANGSA?

SAMBUTAN Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun dan pada tahun ini yang bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, adalah tepat pada masanya. Ini adalah kerana tanggungjawab seorang tenaga pengajar adalah berat dalam mendidik pelajarnya selepas para ibu bapa melepaskan tanggungjawab buat sementara waktu dalam mendidik anak-anak mereka apabila masa belajar dijalankan.

Masa hadapan pelajar adalah bergantung dengan guru dalam membimbing mereka ke arah kecemerlangan dalam bidang pelajaran di samping sokongan padu dan didikan daripada ibu bapa.

Pengumuman kenaikan pangkat atau lebih sesuai dikatakan kepada kenaikan gred gaji kepada hampir 26,000 tenaga pengajar di seluruh Malaysia pada sambutan Hari Guru 2010, merupakan satu khabar berita kepada mereka yang telah menunggu bertahun-tahunnya dengan ketidak adaan kenaikan yang melibatkan tenaga pelajar secara keseluruhannya serta pemberian ganjaran kepada pengetua dan tenaga pengajar yang berjaya meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah mereka.

Selain daripada pengumuman tersebut, tidak ada banyak perkara yang mengembirakan kepada tenaga pengajar terutamanya kepada guru yang telah bertungkus lumus di kawasan pedalaman.

Guru yang mengajar di pedalaman sesungguhnya lebih jauh mencabar dari segi fizikal dan mental dan kerajaan seolah-olah telah menutup cerita kedukaan mereka dengan hanya memberikan elaun tambahan sebanyak RM500-RM1500 kepada mereka tanpa mencari jalan yang lebih drastik dari segi kemudahan infrastruktur yang telah membelenggu tenaga pengajar serta penduduk di kawasan pedalaman.

Mereka terpaksa bangun seawal jam 1 pagi untuk mengharungi denai dan sungai yang deras sekiranya hujan serta jalan yang berlumpur ketika hendak menjalankan tugas dalam mendidik pelajar. Adakah kerajaan telah mengwujudkan anugerah khas dalam memberi pengikhtirafan kepada guru yang mengajar di pedalaman?

Bagi guru yang menjar di kawasan bandar pula, mereka menghadapi kesukaran yang berbeza terutamanya dari segi beban tugas yang terpaksa ditanggung oleh tenaga pengajar. Ini termasuklah kerja-kerja pengkeranian dan penyediaan dokumen yang banyak serta penglibatan dalam ko-kurikulum dan unit beruniform.

Untuk yang demikian, pihak kementerian sepatutnya mencari jalan penyelesaian yang konkrit dan tidak membebankan tenaga pengajar dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang pendidik. Masalah berkenaan telahpun berlarutan untuk beberapa tahun namun tidak ada penyelesaian dapat mengubahnya. Walaupun kali ini dikatakan akan dilaksanakan dan diharap janji tidak akan tinggal janji!

Bukan itu sahaja, guru telah diwajibkan untuk membayar sekurang-kurangnya RM5 bagi sambutan Hari Guru setiap tahun. Di manakah logiknya guru terpaksa membayar wang berkenaan dan perlu diingat bahawa sambutan Hari Guru merupakan satu pengikhtirafan yang diberikan kepada guru dan bukannya guru membayar RM5 untuk mendapatkan pengikhtirafan tersebut.

Untuk yang demikian juga, sambutan pada tahun ini yang bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ perlu dijadikan peringatan kepada semua kita bahawa rakyat Malaysia memperjuangkan pendidikan demi masa depan negara secara keseluruhannya; iaitu untuk bangsa Malaysia dan tidak terpengaruh dengan kenyataan YAB Datuk Muhyddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, yang mendahulukan bangsa Melayu daripada Malaysia dalam kenyataan politiknya dua bulan yang lalu.

Pendek kata, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman kerana isu pendidikan tidak seharusnya ditimbulkan lebih-lebih lagi dalam pendidikan negara.

Ini dikaitkan dengan kenyataan daripada beliau sendiri bahawa kerajaan tidak memberi keutamaan kepada sekolah swasta Cina malah ia bercanggah dengan dasar pendidikan nasional dalam membantu sekolah-sekolah berkenaan.

Persoalannya adalah mengapa beliau membuka permohonan kepada sekolah-sekolah agama untuk mendapatkan bantuan kerajaan? Ini dapat dibuktikan semasa kempen pilihanraya Hulu Selangor yang mana beliau sendiri telah memohon supaya sekolah agama didaftarkan bagi mendapatkan bantuan kerajaan dan diletakkan sebaris dengan sekolah lain dalam sistem pendidikan arus perdana.

Beliau menerangkan bahawa kerajaan telah membayar gaji guru SRJK Cina dan Tamil sebanyak RM1.8 billion dan tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Kenapa beliau tidak memberitahu gaji guru yang telah dibayar untuk sekolah yang lain?

Isu ini berbangkit apabila terdapatnya ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat dalam pembahagian peruntukan kepada institusi bantuan kerajaan dan sekolah swasta dalam memartabatkan pendidikan selari dengan hasrat PM dalam menjayakan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Adakah beliau sendiri sedar betapa rakusnya dan kurangnya perhatian daripada Menteri Pelajaran dalam memberi pendidikan yang seimbang dan adil kepada semua kaum tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang sekolah samada sekolah swasta atau kerajaan, semuanya harus dibantu secara adil dan saksama.

Oleh yang demikian, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya mendahulukan bangsa Malaysia terlebih dahulu sebelum memberitahu bahawa kita merupakan kaum Cina, India, Melayu, Kadazan, Dusun dan sebagainya.

Dahulukan nama Malaysia jikalau kita benar-benar menyintai negara Malaysia dan yang paling penting, tidak harus adanya perbezaan kaum dalam pendidikan kerana pada akhirnya, negara inilah yang akan dibangunkan oleh pelbagai kaum dan bangsa serta dikenali di dunia sebagai negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Monday, April 26, 2010

"APABILA HATI GURU PEDALAMAN BERBICARA"

Perjalan sebagai guru banyak dugaan dan cobaan nya, jangan la bincangkan perihal guru yang mengajar di bandar, kita fokuskan kepada guru yang mengajar di pedalaman.Di sini saya paparkan kisah seorang guru yang mengajar di pedalaman Sabah. Bersama-sama kita menghayati kisahnya...

Murabbikah Aku...-- Cerita Seorang Guru






"cerita guru pedalaman"




piz: Sob... sob... sedih wei jd Cikgu Azlee ni, mengajar di pedalaman Sabah nun..., seme bende die kene wat, makanan macam beras pun sering terputus, berkawan pun dengan budak-budak dan anak kucing sahaja... huhu... kadang-kadang makan ubi bakar!! Guane mu piz?? Tabik spring la kat Cikgu Azlee nih!

Tuesday, April 20, 2010

salah depa ka?

“Budak-budak aku lemah la, payah nak di ajar.” Luah cikgu A.

“Dah berapa kali aku terangkan tentang formula tu, masih tak faham-faham, bengap!” Tengking cikgu B kepada anak muridnya.

Di mana peranan seorang guru? Melabel anak murid lemah atau membantu murid yang lemah? Tepuk dada tanya selera. Secara logiknya, anda sebagai seorang guru juga bermula daripada seorang murid yang lemah. Secara sinisnya, tiada seseorang pun lahir terus menjadi guru. Segalanya bermula daripada ‘kosong’. Bermula daripada tidak tahu menjadi tahu.

Apa yang membezakan disini adalah tahap penerimaan seorang murid. Ada murid yang diajar sekali, sudah faham dua kali. Ada yang diajar sekali, faham pun sekali. Dan ada yang diajar tiga kali, baru faham sekali. Di sini letaknya peranan teknik, kaedah dan pendekatan pengajaran.

Saya yakin, sebahagian besar guru pada masa kini pernah mengikuti kursus perguruan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa dan telah didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus sebegini banyak memberi input tentang pedagogi, ilmu pendidikan. Teori dewan kuliah hanya menjadi basi kalau tidak diaplikasi dalam bilik darjah. Peranan guru bukan sekadar mengajar tetapi mengkaji murid, dengan kata lain mengkaji bagaimana untuk meningkatkan kemahiran murid yang mempunyai tahap kemahiran yang berbeza.

"GURU PEDALAMAN VS GURU BANDAR"

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu yang ditimbulkan mengenai perguruan, sama ada ia dicetuskan oleh guru sendiri atau orang 'luar' yang mungkin menganggap guru adalah 'anak emas' kerajaan. Bermula dengan isu kenaikan elaun pedalaman, isu mengenai beban guru yang meningkat dan sekarang timbul pula pendebatan antara guru pedalaman dan guru bandar.

Saya adalah seorang guru baru yang bakal mengajar di kawasan pedalaman (, yang mungkin masih lagi belum arif mengenai dunia perguruan ini sekiranya dibandingkan dengan guru-guru 'otai' yang sering memberi pendapat melalui media massa. Namun, tidak salah rasanya jika saya ingin memberi pendapat, cetusan idea, perasaan serta bisikan naluri yang sentiasa ditusuk dengan tekanan kehidupan.

Utusan Malaysia yang bertarikh 12 April 2010, dalam ruangan MySekolah telah membicarakan tentang cabaran guru yang mengajar di bandar. Setelah membaca artikel tersebut, saya berpendapat guru-guru tersebut masih lagi bertuah kerana mempunyai kehidupan yang agak selesa berbanding dengan guru di pedalaman. Maaf jika kenyataan saya ini menyinggung perasaan guru-guru. Jangan dikatakan saya ini tidak menghormati orang yang lebih senior, yang lebih dahulu merasa garam di dunia daripada saya.

Menurut artikel tersebut, terdapat guru yang mengajar di bandar terpaksa bangun seawal 5.30 pagi serta ada juga yang bersolat subuh setiap hari di surau sekolah. Pergi awal subuh pulang maghrib sudah menjadi rutin guru-guru tersebut. Cabaran ini memang tidak akan ditempuhi oleh guru-guru pedalaman kerana kebanyakkan guru di pedalaman tinggal di kaunters yang berhampiran dengan sekolah. Tetapi bagi saya, perkara ini memang sudah menjadi kelaziman kepada penduduk di bandar-bandar. Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada guru saya kira, ia dihadapi oleh semua penduduk walaupun hanya seorang salesman. Mohon ampun jika saya terkasar bahasa.

Sementara itu, seorang guru berkata bahawa kesedaran ibu bapa di bandar terhadap pendidikan menjadi satu beban kepada guru untuk memberi yang terbaik kepada anak mereka. Berdepan dengan ibu bapa yang ‘intelektual’ menuntut kesabaran yang tinggi kerana jika tersalah jawab boleh timbul pertelingkahan atau diheret ke pengadilan. Saya cuba membayangkan situasi ini. Pada pendapat saya, situasi ini mungkin berlaku apabila ibu bapa murid itu terlalu ‘bijak dan intelektual’ serta anak mereka seorang yang ‘lebih pandai’ daripada guru. Ini memang satu cabaran berat, yang menguji kesabaran serta keimanan para guru.

‘Siapa guru? Akukah kamu?’. Dialog sebegini mungkin boleh membawa wang(saman) kepada ibu bapa.

Saya merasakan cabaran sebegini juga berlaku kepada guru-guru pedalaman kerana guru pedalaman juga mengalami masalah yang sama dalam aspek prestasi murid-murid. Murid-murid di pedalaman tidak sama dengan murid yang berada di bandar dari segi pemikiran, motivasi serta ke’benda’an. Ini lebih mencabar saya rasakan kerana guru-guru perlu memahami keadaan mereka terlebih dahulu. Guru perlu menjadi ‘mereka’, barulah guru dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Guru perlu mengkaji mereka terlebih dahulu sebelum dapat mengajar mereka. Sehubungan itu, dapat saya katakan guru bandar dan guru pedalaman mempunyai cabaran yang berbeza tetapi masih menuntut komitmen yang tinggi sebagai pendidik.

Cuma, saya ingin mengingatkan rakan-rakan guru sekalian bahawa kehidupan guru di pedalaman lebih perit jika difikirkan. Kekurangan keperluan asas memang satu cabaran sangat besar kepada mereka. Saya katakan ‘keperluan’, bukan ‘kemudahan’. Bayangkan di kawasan tertentu tiada hospital atau klinik, balai bomba, balai polis, pejabat pos. Bagaimana jika berlaku kes-kes kecemasan? Perkara yang tidak diingini ini pernah berlaku kepada seorang guru. Guru tersebut menerima surat panggilan temuduga pengesahan jawatan hanya beberapa hari sebelum tarikh temuduga, bagaimana dengan persediaan temuduga tersebut? Walaupun perkara sebegini berlaku, kami masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru, mengajar serta mendidik anak murid kami. Hanya kes-kes terpencil yang berlaku seperti melarikan diri ketika bertugas, saya akui hal itu pernah berlaku kerana guru tersebut tidak tahan serta lasak dengan cabaran.

Kesimpulannya, saya merasakan tidak perlu diperdebatkan isu-isu yang berkaitan dengan cabaran siapa yang lebih hebat. Apa yang penting, kita sebagai guru perlu melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin. Walaupun di pedalaman, tidak selamanya akan berada di sana. Secara peribadi, saya merasakan seperti ada sesuatu yang cuba mencabar kewibawaan kita sebagai seorang guru.

Seribu kemaafan saya pinta jika artikel ini sedikit sebanyak mengguris perasaan anda serta dapat menimbulkan kemarahan para guru sekalian. Tiada niat ingin berbalah, tidak ada sekelumit untuk meminta simpati, hanya sekadar luahan pendapat seorang guru di pedalaman tentang realiti guru di pedalaman.

Wednesday, April 7, 2010

JIKA HARI INI...............

Segalanya bermula dari seseorang bernama
"GURU"


Align Center

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara...
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca,

Petikan 'Guru Oh Guru' Nukilan SN Dato´ Dr. Usman Awang .

Monday, August 10, 2009

Jom Ke Pedalaman...!!


"Jom Ke Pedalaman." Anda pernah dengar frasa ini. Jika anda penuntut mana-mana IPGM, saya yakin anda akan menjawab "Ya, sudah banyak kali lah sangat saya dengar". Dan saya yakin, jika saya tanya "Dari mana anda dengar?", anda akan menjawab "Lecturer. Setiap kali masuk kelas, diorang akan cerita benda tuh".

Jadi di sini, apa yang ingin saya bawakan ialah mengenai sebuah buku bertajuk Jom Ke Pedalaman. Ia ditulis oleh seorang bekas penuntut IPGM bernama En. Mohd Zaim yang berasal dari Perak. Dalam buku ini, beliau mengisahkan tentang perjalanan beliau dalam menuju ke kawasan P3, kehidupan beliau di sana, perhubungan dengan masyarakat, anak-anak muridnya dan sebagainya.

Bagi saya, buku ini memang menarik untuk dibaca dan tidak rugi untuk dibeli. Saya masih ingat lagi ayatnya di dalam buku ini seperti 'kesenangan ditarik sedikit demi sedikit' yang telah pun saya ambil menjadi tema blog P3 saya ini dan juga kisah malam pertama tidur di P3 sambil mendengar bunyi khinzir bermain pondok-pondok di bawah rumah penginapannya yang usang itu.

Pernah seorang pensyarah saya yang pernah mengajar beliau menemubual beliau mengenai pengalamannya. Di antara yang menarik di dalam temubual itu ialah En. Zaim menyatakan bahawa kesusahan mengajar anak-anak pedalaman adalah lain daripada yang lain. Menurut beliau lagi, teori-teori seperti Piaget, Ausebel, Bruner dan sebagainya itu hanya bagaikan dibuang ke dalam sungai dan beliau perlu lebih kreatif mencari kaedah yang lain untuk mengajar. Apabila ditanya apa yang beliau bawa dari IPGM untuk digunakan di sana, beliau menjawab "BIG (Bina Insan Guru)".

Saya dan rakan-rakan saya amat mengagumi ketabahan hati dan kegagahperkasaan En. Zaim ini. Bagi saya, semangat seperti inilah yang harus ditonjolkan oleh semua penuntut IPGM terutama yang bakal ke pedalaman Sabah dan Sarawak (P3). Dengan semangat begini, barulah masa depan anak-anak P3 ini lebih terjamin dan maju seiring dengan Wawasan 2020. Oleh itu, marilah kita semua membina kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan cabaran sebagai seorang guru. Sahutlah janji yang sering kita laung-laungkan di dalam lagu Kami Guru Malaysia.

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Untuk membaca lebih pengenalan mengenai buku ini, anda boleh layari sebuah laman melalui link di sini.

Saturday, August 1, 2009

Tekanan Jiwa Songsang


Huh.. Kami agak busy sejak 2 ke 3 minggu kebelakangan ini. Sungguh teramat sangat busy. Banyak sangat presentation, projek dan assigment yang diberi secara ad-hoc oleh pensyarah-pensyarah menjadikan kami agak tertekan menghadapinya. Sebab itulah insitut kami ini dilabel oleh mereka yang tertentu sebagai "Institut Paling Dahsyat Assignment". Bagaimana pun, kami bersyukur kerana kami berjaya menghadapinya dengan tabah dan gagah perkasa sehingga semuanya berjaya diselesaikan dan dipersembahkan dengan baik sekali. Kami menganggap semua tekanan ini sebagai satu ujian dan dugaan kepada kami untuk menghadapi perjuangan di P3 nanti. Oleh itu, untuk menghargai dugaan yang baru sahaja kami lepasi ini, saya letakkan satu lagu di bawah ini yang dinyanyikan oleh kumpulan Hujan yang bertajuk "Dugaannya". Anda boleh teruskan membaca blog kami sambil mendengar lagu ini untuk merasai lebih mendalam lagi dugaan yang telah dan bakal kami hadapi walaupun lagu ini takde kaitan pun dengan kami. Hehe..



Dalam entri kali ini saya akan berkongsi bersama anda sebuah cerita yang kami dapat dari pensyarah kami iaitu mengenai tekanan jiwa songsang.

Seringkali kami diprovokasi oleh pensyarah dengan ayat-ayat seperti berikut :

  • "Anda semua nih dah cukup bersedia ke nak ke kawasan P3?"
  • "Yakin ke nak masuk P3 nih? Tak takut ke?'
  • "Anda tak tahu ke ade kes bot terbalik dalam sungai semasa menuju ke P3 kerana terlanggar buaya?"
  • "Kat sane P3 takda mapley mahupun Tesco. Ingat senang ke nak hidup kat sane."

Dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Jadi, seringkali kami memikirkan bahawa P3 adalah sesuatu yang 'mengerikan'. Kami telah membayangkan bahawa terdapat tekanan yang jauh lebih gagah perkasa dan anggun daripada yang kami hadapi di institut sedang menanti kedatangan kami di sana. Seolah-olah kami akan menghadapi suatu tekanan infiniti yang menjadikan kami tak mampu meneruskan hidup di sana.

Jadi, berbalik kepada cerita tekanan jiwa songsang tadi, ceritanya lain daripada bayangan kami tadi. Menurut seorang pensyarah kami, seorang bekas pelajarnya yang di sini kami gelarnya sebagai Cikgu M, berjaya menghadapi situasi tekanan P3 itu semua dengan jiwanya yang sungguh tenang dan aman serta damai. Tidak ada masalah bagi dia menghadapi P3 itu.

Tetapi, apabila beliau pulang ke kampung halamannya di bandar, beliau menghadapi tekanan jiwa yang amat dahsyat. Beliau tidak tahan dengan bunyi bising kesesakan kereta, kualiti udara yang kotor dan sebagainya yang mana semua ini tidak ada di P3.

Kesimpulannya, ujian yang bakal kami hadapi bukan sahaja tekanan di P3, malah juga selepas keluar dari P3. Di sini bermaksud, perjalanan pulang ke kampung itu bukanlah stairway to heaven. Oleh itu, kami berharap kami mampu menghadapinya. Kami juga mendoakan semua bakal pendidik-pendidik P3 juga mempunyai kekuatan dan kegagahperkasaan untuk menghadapinya. Semoga kita semua mampu meneruskan amanah yang diberi untuk sekurang-kurangnya 30 tahun, bukannya 5 tahun sahaja. Adios... =)

Tuesday, July 14, 2009

Adik Manis Berpayung Pink


Huh.. Kat sini memang panas. Panas sampai kami terpakse merajinkan diri untuk minum air buah setiap hari selepas tamat latihan koku. Kedai air buah tu terletak depan je umah kitorang nih. Air buah dia memang sedap. Murah lak tu.

Tapi, air buah bukanlah cerita utama entri kami pada hari ini. Pada 12 Julai 2007 yang lalu, hujan turun dengan lebatnya. Pada ketika kami berpayung pada pagi itu untuk menyambung perjuangan menuntut ilmu di kuliah, kami terserempak dengan seorang adik manis, yang berpayung pink. Berjalan dengan gaya ayunya, kami hanya mengikut di belakangnya. Tiba di pondok jaga, adik manis ini 'mengkekudakan' kakinya sambil payung dijadikan tongkat untuk menyeimbangi badannya yang agak berisi.

Namun, apa yang kami terfikir di sini hanyalah satu perkara. Kami ini, walaupun sebelum ini pernah bekerja, tetapi masih tidak mampu memiliki sebuah kereta. Kami hanya mampu berjalan kaki dan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan secara percuma oleh pihak institut. Sebelum, cuaca tidak pernah hujan hinggalah hari kami bertemu adik manis berpayung pink ini.


Untuk mengelakkan diri dari dibasahi dan dilencuni sebelum tiba ke kuliah, kami menggunakan payung kecil dan berkongsi 2 orang di dalam hujan pagi yang lebat ini. Bagaimanapun, payung tidak mencukupi. Maka, ada diantara kami yang sanggup berkorban dengan tidak bekongsi payung, tetapi memakai jaket panas untuk mengelakkan kebasahan ketara. Mujurlah adik manis berpayung pink ini bermurah hati maka salah seorang dari kami ditumpanginya.

Kami menceritakan semua ini bukanlah kerana ini meminta simpati dari pihak lain, tetapi ingin menunjukkan kesungguhan kami bahawa kami sanggup meredah apa sahaja untuk menuju ke arah masa depan yang telah kami rancangkan. Kami menganggap ini semua sebagai pra-cabaran sebelum kami sebetul-betulnya tiba di sebuah kawasan yang bergelar "P3". Kepada bakal warga P3 yang membaca entri ini, semoga anda juga memiliki kekuatan semangat dan kegagahperkasaan yang telah kami terapkan dalam diri kami. Semoga kita semua bersama-sama maju jaya dalam mengharungi cabaran yang bakal ditempuhi demi memberi harapan dan masa depan kepada anak-anak penghuni kawasan P3. =)