
Huh.. Kami agak busy sejak 2 ke 3 minggu kebelakangan ini. Sungguh teramat sangat busy. Banyak sangat presentation, projek dan assigment yang diberi secara ad-hoc oleh pensyarah-pensyarah menjadikan kami agak tertekan menghadapinya. Sebab itulah insitut kami ini dilabel oleh mereka yang tertentu sebagai "Institut Paling Dahsyat Assignment". Bagaimana pun, kami bersyukur kerana kami berjaya menghadapinya dengan tabah dan gagah perkasa sehingga semuanya berjaya diselesaikan dan dipersembahkan dengan baik sekali. Kami menganggap semua tekanan ini sebagai satu ujian dan dugaan kepada kami untuk menghadapi perjuangan di P3 nanti. Oleh itu, untuk menghargai dugaan yang baru sahaja kami lepasi ini, saya letakkan satu lagu di bawah ini yang dinyanyikan oleh kumpulan Hujan yang bertajuk "Dugaannya". Anda boleh teruskan membaca blog kami sambil mendengar lagu ini untuk merasai lebih mendalam lagi dugaan yang telah dan bakal kami hadapi walaupun lagu ini takde kaitan pun dengan kami. Hehe..
Dalam entri kali ini saya akan berkongsi bersama anda sebuah cerita yang kami dapat dari pensyarah kami iaitu mengenai tekanan jiwa songsang.
Seringkali kami diprovokasi oleh pensyarah dengan ayat-ayat seperti berikut :
- "Anda semua nih dah cukup bersedia ke nak ke kawasan P3?"
- "Yakin ke nak masuk P3 nih? Tak takut ke?'
- "Anda tak tahu ke ade kes bot terbalik dalam sungai semasa menuju ke P3 kerana terlanggar buaya?"
- "Kat sane P3 takda mapley mahupun Tesco. Ingat senang ke nak hidup kat sane."
Dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Jadi, seringkali kami memikirkan bahawa P3 adalah sesuatu yang 'mengerikan'. Kami telah membayangkan bahawa terdapat tekanan yang jauh lebih gagah perkasa dan anggun daripada yang kami hadapi di institut sedang menanti kedatangan kami di sana. Seolah-olah kami akan menghadapi suatu tekanan infiniti yang menjadikan kami tak mampu meneruskan hidup di sana.
Jadi, berbalik kepada cerita tekanan jiwa songsang tadi, ceritanya lain daripada bayangan kami tadi. Menurut seorang pensyarah kami, seorang bekas pelajarnya yang di sini kami gelarnya sebagai Cikgu M, berjaya menghadapi situasi tekanan P3 itu semua dengan jiwanya yang sungguh tenang dan aman serta damai. Tidak ada masalah bagi dia menghadapi P3 itu.
Tetapi, apabila beliau pulang ke kampung halamannya di bandar, beliau menghadapi tekanan jiwa yang amat dahsyat. Beliau tidak tahan dengan bunyi bising kesesakan kereta, kualiti udara yang kotor dan sebagainya yang mana semua ini tidak ada di P3.
Kesimpulannya, ujian yang bakal kami hadapi bukan sahaja tekanan di P3, malah juga selepas keluar dari P3. Di sini bermaksud, perjalanan pulang ke kampung itu bukanlah stairway to heaven. Oleh itu, kami berharap kami mampu menghadapinya. Kami juga mendoakan semua bakal pendidik-pendidik P3 juga mempunyai kekuatan dan kegagahperkasaan untuk menghadapinya. Semoga kita semua mampu meneruskan amanah yang diberi untuk sekurang-kurangnya 30 tahun, bukannya 5 tahun sahaja. Adios... =)
.jpg)

apasal lama sangat nak update blog ni....
ReplyDeleteingatkan blog ni dah tutup....
banyak lak bunyik... keh2...
ReplyDeletebz la bro.. kan dah citer dalam entri tuh...
tuan tanah...
ReplyDeletex update blog lagi ker
topik ni boring la.....