Monday, August 10, 2009

Jom Ke Pedalaman...!!


"Jom Ke Pedalaman." Anda pernah dengar frasa ini. Jika anda penuntut mana-mana IPGM, saya yakin anda akan menjawab "Ya, sudah banyak kali lah sangat saya dengar". Dan saya yakin, jika saya tanya "Dari mana anda dengar?", anda akan menjawab "Lecturer. Setiap kali masuk kelas, diorang akan cerita benda tuh".

Jadi di sini, apa yang ingin saya bawakan ialah mengenai sebuah buku bertajuk Jom Ke Pedalaman. Ia ditulis oleh seorang bekas penuntut IPGM bernama En. Mohd Zaim yang berasal dari Perak. Dalam buku ini, beliau mengisahkan tentang perjalanan beliau dalam menuju ke kawasan P3, kehidupan beliau di sana, perhubungan dengan masyarakat, anak-anak muridnya dan sebagainya.

Bagi saya, buku ini memang menarik untuk dibaca dan tidak rugi untuk dibeli. Saya masih ingat lagi ayatnya di dalam buku ini seperti 'kesenangan ditarik sedikit demi sedikit' yang telah pun saya ambil menjadi tema blog P3 saya ini dan juga kisah malam pertama tidur di P3 sambil mendengar bunyi khinzir bermain pondok-pondok di bawah rumah penginapannya yang usang itu.

Pernah seorang pensyarah saya yang pernah mengajar beliau menemubual beliau mengenai pengalamannya. Di antara yang menarik di dalam temubual itu ialah En. Zaim menyatakan bahawa kesusahan mengajar anak-anak pedalaman adalah lain daripada yang lain. Menurut beliau lagi, teori-teori seperti Piaget, Ausebel, Bruner dan sebagainya itu hanya bagaikan dibuang ke dalam sungai dan beliau perlu lebih kreatif mencari kaedah yang lain untuk mengajar. Apabila ditanya apa yang beliau bawa dari IPGM untuk digunakan di sana, beliau menjawab "BIG (Bina Insan Guru)".

Saya dan rakan-rakan saya amat mengagumi ketabahan hati dan kegagahperkasaan En. Zaim ini. Bagi saya, semangat seperti inilah yang harus ditonjolkan oleh semua penuntut IPGM terutama yang bakal ke pedalaman Sabah dan Sarawak (P3). Dengan semangat begini, barulah masa depan anak-anak P3 ini lebih terjamin dan maju seiring dengan Wawasan 2020. Oleh itu, marilah kita semua membina kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan cabaran sebagai seorang guru. Sahutlah janji yang sering kita laung-laungkan di dalam lagu Kami Guru Malaysia.

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Untuk membaca lebih pengenalan mengenai buku ini, anda boleh layari sebuah laman melalui link di sini.

Saturday, August 1, 2009

Tekanan Jiwa Songsang


Huh.. Kami agak busy sejak 2 ke 3 minggu kebelakangan ini. Sungguh teramat sangat busy. Banyak sangat presentation, projek dan assigment yang diberi secara ad-hoc oleh pensyarah-pensyarah menjadikan kami agak tertekan menghadapinya. Sebab itulah insitut kami ini dilabel oleh mereka yang tertentu sebagai "Institut Paling Dahsyat Assignment". Bagaimana pun, kami bersyukur kerana kami berjaya menghadapinya dengan tabah dan gagah perkasa sehingga semuanya berjaya diselesaikan dan dipersembahkan dengan baik sekali. Kami menganggap semua tekanan ini sebagai satu ujian dan dugaan kepada kami untuk menghadapi perjuangan di P3 nanti. Oleh itu, untuk menghargai dugaan yang baru sahaja kami lepasi ini, saya letakkan satu lagu di bawah ini yang dinyanyikan oleh kumpulan Hujan yang bertajuk "Dugaannya". Anda boleh teruskan membaca blog kami sambil mendengar lagu ini untuk merasai lebih mendalam lagi dugaan yang telah dan bakal kami hadapi walaupun lagu ini takde kaitan pun dengan kami. Hehe..



Dalam entri kali ini saya akan berkongsi bersama anda sebuah cerita yang kami dapat dari pensyarah kami iaitu mengenai tekanan jiwa songsang.

Seringkali kami diprovokasi oleh pensyarah dengan ayat-ayat seperti berikut :

  • "Anda semua nih dah cukup bersedia ke nak ke kawasan P3?"
  • "Yakin ke nak masuk P3 nih? Tak takut ke?'
  • "Anda tak tahu ke ade kes bot terbalik dalam sungai semasa menuju ke P3 kerana terlanggar buaya?"
  • "Kat sane P3 takda mapley mahupun Tesco. Ingat senang ke nak hidup kat sane."

Dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Jadi, seringkali kami memikirkan bahawa P3 adalah sesuatu yang 'mengerikan'. Kami telah membayangkan bahawa terdapat tekanan yang jauh lebih gagah perkasa dan anggun daripada yang kami hadapi di institut sedang menanti kedatangan kami di sana. Seolah-olah kami akan menghadapi suatu tekanan infiniti yang menjadikan kami tak mampu meneruskan hidup di sana.

Jadi, berbalik kepada cerita tekanan jiwa songsang tadi, ceritanya lain daripada bayangan kami tadi. Menurut seorang pensyarah kami, seorang bekas pelajarnya yang di sini kami gelarnya sebagai Cikgu M, berjaya menghadapi situasi tekanan P3 itu semua dengan jiwanya yang sungguh tenang dan aman serta damai. Tidak ada masalah bagi dia menghadapi P3 itu.

Tetapi, apabila beliau pulang ke kampung halamannya di bandar, beliau menghadapi tekanan jiwa yang amat dahsyat. Beliau tidak tahan dengan bunyi bising kesesakan kereta, kualiti udara yang kotor dan sebagainya yang mana semua ini tidak ada di P3.

Kesimpulannya, ujian yang bakal kami hadapi bukan sahaja tekanan di P3, malah juga selepas keluar dari P3. Di sini bermaksud, perjalanan pulang ke kampung itu bukanlah stairway to heaven. Oleh itu, kami berharap kami mampu menghadapinya. Kami juga mendoakan semua bakal pendidik-pendidik P3 juga mempunyai kekuatan dan kegagahperkasaan untuk menghadapinya. Semoga kita semua mampu meneruskan amanah yang diberi untuk sekurang-kurangnya 30 tahun, bukannya 5 tahun sahaja. Adios... =)

Tuesday, July 14, 2009

Adik Manis Berpayung Pink


Huh.. Kat sini memang panas. Panas sampai kami terpakse merajinkan diri untuk minum air buah setiap hari selepas tamat latihan koku. Kedai air buah tu terletak depan je umah kitorang nih. Air buah dia memang sedap. Murah lak tu.

Tapi, air buah bukanlah cerita utama entri kami pada hari ini. Pada 12 Julai 2007 yang lalu, hujan turun dengan lebatnya. Pada ketika kami berpayung pada pagi itu untuk menyambung perjuangan menuntut ilmu di kuliah, kami terserempak dengan seorang adik manis, yang berpayung pink. Berjalan dengan gaya ayunya, kami hanya mengikut di belakangnya. Tiba di pondok jaga, adik manis ini 'mengkekudakan' kakinya sambil payung dijadikan tongkat untuk menyeimbangi badannya yang agak berisi.

Namun, apa yang kami terfikir di sini hanyalah satu perkara. Kami ini, walaupun sebelum ini pernah bekerja, tetapi masih tidak mampu memiliki sebuah kereta. Kami hanya mampu berjalan kaki dan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan secara percuma oleh pihak institut. Sebelum, cuaca tidak pernah hujan hinggalah hari kami bertemu adik manis berpayung pink ini.


Untuk mengelakkan diri dari dibasahi dan dilencuni sebelum tiba ke kuliah, kami menggunakan payung kecil dan berkongsi 2 orang di dalam hujan pagi yang lebat ini. Bagaimanapun, payung tidak mencukupi. Maka, ada diantara kami yang sanggup berkorban dengan tidak bekongsi payung, tetapi memakai jaket panas untuk mengelakkan kebasahan ketara. Mujurlah adik manis berpayung pink ini bermurah hati maka salah seorang dari kami ditumpanginya.

Kami menceritakan semua ini bukanlah kerana ini meminta simpati dari pihak lain, tetapi ingin menunjukkan kesungguhan kami bahawa kami sanggup meredah apa sahaja untuk menuju ke arah masa depan yang telah kami rancangkan. Kami menganggap ini semua sebagai pra-cabaran sebelum kami sebetul-betulnya tiba di sebuah kawasan yang bergelar "P3". Kepada bakal warga P3 yang membaca entri ini, semoga anda juga memiliki kekuatan semangat dan kegagahperkasaan yang telah kami terapkan dalam diri kami. Semoga kita semua bersama-sama maju jaya dalam mengharungi cabaran yang bakal ditempuhi demi memberi harapan dan masa depan kepada anak-anak penghuni kawasan P3. =)

Saturday, July 11, 2009

Cikgu Melayu Semenanjung Makan B**I di P3


DAGING B**I SALAI


Pagi sabtu cuti yang dingin, hujan semalam masih turun rintik-rintik. pagi-pagi mcm ni, memang sesuai pekena roti canai dan teh tarik. so, pegi la kluar sarapan pagi bersama rakan-rakan serumah. lalu kat kedai buku, rasa gatal tangan untuk membelek majalah kat situ. Terkedu seketika bila melihat headline di sebuah majalah no 1 Malaysia (M**T*KA) keluaran Ogos 2008. Apa tidaknya, tajuknya "Cikgu Melayu Semenanjung Makan B**I di Sarawak". baca rencana ni macam tak percaya yang perkara ni berlaku di P3.

Mengulas rencana ni, kawan penulis (idham) yang berkhidmat di P3 sarawak menyatakan ramai guru-guru melayu yang makan kat restoran yang menyajikan daging B**I, ditanya mengapa, dia menjawab mungkin di sebabkan di sana susah hendak mendapatkan daging halal.kalau ada pun, harganya sangat mahal.daging yang murah cuma daging B**I jer.lagi pun daging ni di jual di kebanyakan restoran pendalaman sarawak.restoran islam pula tiada. katanya lagi, bukan semua guru-guru yang berkhidmat di sana makan daging ni. Tapi, idham juga mengatakan, ada juga guru dari semenanjung berbangsa melayu minum arak dan melakukan seks bebas (zina) bukan setakan dengan anak dara,dengan isteri orang pun ada juga.katanya, senang nak dapatkan 'ayam' untuk memuaskan nafsu.

Perkara ini disahkan oleh rakan ke-dua penulis yang bertugas di hulu serawak bernama Razlan. menurutnya, guru melayu beragama islam makan b**i sudah jadi perkara biasa di kawasan pedalamannegeri tersebut. Paling ramai, guru yang baru dihantar bertugas di sana. menurut Razlan lagi, selain kes B**i, keselamatn guru di pedalaman juga kurang terjamin kerana selalu diganggu oleh gangster2 dan penjahan2 di sana. Pernah satu kes dua tahun lepas, seorang guru wanita mati dirogol dan dibunuh.

kepada bakal pendidik yang akan mengalas tanggung jawab mendidik di P3, ini adalah dugaan yang bakal anda harungi kelak.bagi mereka yang kurang beriman, bekalkanlah diri anda dengan ilmu agama, takut nanti anda tewas menghadapinya.

nukilan ini bukan nak menghakimi atau menyamakan semua guru-guru yang berkhidmat di P3,cuma nak mengulas apa yang di rencanakan oleh majalah tersebut sahaja.


So, kepada bakal-bakal pendidik P3, "tepuk dada, lu pikir la sendiri"

Thursday, July 9, 2009

Selamat Datang Kami Ucapkan...!!!


Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberikan anda pengalaman yang telah dan bakal kami lalui, bermula di IPGM sehinggalah ke P3.

Setinggi penghargaan kami tujukan kepada anda yang sudi melawati blog kami ini. Kepada warga ambilan khas P3, kami ucapkan 'Tahniah' untuk anda kerana sudi menyahut cabaran kerajaan untuk berkhidmat di P3. Sebagai bakal pendidik anak-anak bangsa 1Malaysia, kami berharap anda juga mempunyai keyakinan, kemantapan, kegagahperkasaan dan kesungguhan serta keihklasan yang jitu dan mantap seperti mana yang ada dalam diri kami.

Kepada pelawat yang bukan P3, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda untuk menikmati setiap hidangan yang bakal kami paparkan. Semoga anda semua berasa teruja dan terhibur dengan perkongsian pengalaman, perasaan dan keterujaan kami untuk berkhidmat di P3.

Akhir kata, beringatlah wahai bakal warga pendidik P3 bahawa "kesenangan anda akan ditarik sedikit demi sedikit..."

Sekian, terima kasih.