
Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberikan anda pengalaman yang telah dan bakal kami lalui, bermula di IPGM sehinggalah ke P3.
Setinggi penghargaan kami tujukan kepada anda yang sudi melawati blog kami ini. Kepada warga ambilan khas P3, kami ucapkan 'Tahniah' untuk anda kerana sudi menyahut cabaran kerajaan untuk berkhidmat di P3. Sebagai bakal pendidik anak-anak bangsa 1Malaysia, kami berharap anda juga mempunyai keyakinan, kemantapan, kegagahperkasaan dan kesungguhan serta keihklasan yang jitu dan mantap seperti mana yang ada dalam diri kami.
Kepada pelawat yang bukan P3, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda untuk menikmati setiap hidangan yang bakal kami paparkan. Semoga anda semua berasa teruja dan terhibur dengan perkongsian pengalaman, perasaan dan keterujaan kami untuk berkhidmat di P3.
Akhir kata, beringatlah wahai bakal warga pendidik P3 bahawa "kesenangan anda akan ditarik sedikit demi sedikit..."
Sekian, terima kasih.
.jpg)

walcome to Sabah: The Land Below The Wind,
ReplyDeleteand Sarawak: Land of The Hornbil....
sambil-sambil posting kat P3, boleh la pi cuti-cuti malaysia,elaun "susah hati" banyak ma.......
macam mana la agaknya pengalaman pendidik-pendidik yang telah posting kat P3? Pengalama cikgu zaim dalam buku 'Jom ke Pedalaman" memang best.Harap pendidik-pendidk senior yang berada di kawasan P3 dapat berkongsi pengalaman anda berkhidmat di P3 untuk tatapan dan panduan bakal-bakal pendidik P3 masa hadapan.
p/s: suka dengan tag line blog ni.Kesenangan anda memang akan di tarik sedikit-demi sedikit.
dari-
IPGM-Thawau
wah.....
ReplyDeletebest giler ader tempat nak luahkan pengalaman, kesusahan, dan penderitaan yang bakal kami tempuhi...
good job Tuan Tanah...
p/s;biarlah kesenangan ditarik sedikit demi sedikit, yang penting poket bakal "TEBAL"
huhuhuhu
dari:
KPLI khas09
tahniah kpd Tuan Tuah...
ReplyDeleteblog ini dpt menjadi medium kpd guru2 yg berada di pedalaman Sabah dan Sarawak terutama P3(seperti saya)utk berkongsi pengalaman sewaktu berada di pedalaman..
ianya juga dpt memberi persediaan awal kpd bakal2 guru baru yg akan dipostingkan ke P1,P2 atau P3..
syabas diucapkan sekali lagi...
dari : najib nigel jamil
p/s : bole la lawati kami di balambangan.ning.com atau balambangan.blogspot.com...utk mengetahui kehidupan kami di SK Balambangan